BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 10, 2009

PERASMIAN WEBSITE BARU OLEH DR. AZIZ

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA!


Kepada Dr. Aziz.
> Terima kasih kerana merasmikan website baru kami secara online.



Kepada semua pelayar internet.
> Kini website baru telah dirasmikan oleh Dr. Aziz. Di laman website baru, anda akan mendapat pelbagai info yang berfaedah. Selamat melayarinya dan anda semua boleh klik @ berkunjungi ke:-



.

Saturday, August 8, 2009

SECEBIS KATA DARI DR. AZIZ

Di bawah ini intisari kata-kata yang diemailkan oleh Dr. Aziz pakar pertanian Thailand berkaitan teknologi terkini tanaman pokok kurma yang boleh berbuah.
.
.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.
" Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan punya blog ini iaitu En. Azman kerana sudi mempromosikan pakej tanaman pokok kurma yang baru diperkenalkan di Malaysia. Selain menjalankan perniagaan menjual baja organik pemulih tanah jenama 'TONMAI' dan juga baja foliar organik jenama 'GANDA' atau dulu dikenali sebagai 'TAA VEE KUN', saya bersama rakan-rakan di Malaysia mahukan teknologi yang diperolehi dan dipelajari di Thailand selama lebih 15 tahun dulu dapat dipindahkan kepada petani-petani kita. "
.
" Sekiranya ada pihak yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keberkesanan dan kebaikan baja yang diimpot sepenuhnya dari negara jiran bolehlah berhubung dengan E. Azman melalui laman blog ini. "
.
" Sepatah kata saya ingin menyampaikan sedikit penerangan berkenaan tanaman pokok kurma yang saya perkenalkan ini. Ianya adalah jenis yang sesuai dengan cuaca negara kita dan negara sekitarnya di mana percubaan kami selama lebih 7 tahun R&D dengan mencuba berbagai-bagai jenis benih kurma tetapi tidak boleh berbunga dan berbuah walaupun boleh hidup dengan suburnya. Benih yang kami perolehi dari kajian dan percubaan ini telah kami perbaiki benihnya dengan pengklonan dan melalui beberapa proses penyediaan biji benih dan teknik-teknik penyediaan biji benih yang memakan masa hampir 2 tahun bagi menghasilkan anak pokok berketinggian anggaran 1 meter yang telah mula kami jual pada masa ini. Stok yang tersimpan adalah sekitar 3,000 pokok sahaja dengan pasaran ke Brunei, Mynmar, Indonesia dan Malaysia menjadikan stok yang ada amat terhad. Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut kos dan prosedur yang perlu dilalui. Harga di Malaysia antara RM650 ke RM850 sepokok mengikut tempat. Harga di lain-lain negara ASEAN adalah di antara USD250 ke USD300 sepokok.

.
" Seperkara yang wajib diketahui sebelum membeli dan menanam adalah, pokok kurma tidak boleh berbuah jika ditanam sebatang dan haruslah ditanam secara berkelompok kerana pokok kurma terdiri dari 2 jenis jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Masing-masing akan mengeluarkan bunga yang berbeza dan debu (pollen) jantan perlu diambil dan disimpan untuk didebungakan apabila bunga betina keluar. Kedua-duanya saling diperlukan dan yang akan mengeluarkan buah hanyalah pokok betina. Benih-benih yang kami hasilkan mempunyai ratio iaitu dalam 10 batang anak pokok yang dihasilkan akan terdapat 1 hingga 3 batang pokok jantan dan selebihnya pokok betina. Jantina pokok ini tidak dapat dikenalpasti waktu bila sehinggalah ianya mula mengeluarkan bunga yang pertama. Pokok akan mula berbunga apabila berumur 2 ke 3 tahun. Pada masa ini, kita mestilah bersedia untuk melakukan teknik pendebungaan yang akan saya ajarkan kepada pembeli-pembeli nanti. "
.
" Penerangan lanjut akan diberikan apabila saya anjurkan kursus lengkap berkenaan tanaman pokok kurma tidak lama lagi. Kepada yang berminat bolehlah bertanya melalui laman blog ini. Sekian. "
.
Dr. Aziz
.
.
Gambar-gambar jantina pokok kurma dipaparkan di bawah ruangan ini setelah mendapat izin dari Dr. Aziz pakar pertanian. Kalau nak terus ke ruangan selanjutnya berkaitan gambar2 & pakej pokok kurma, sila klik -----> KURMA

JANTINA POKOK KURMA

Gambar-gambar di bawah ini adalah sumbangan dari Dr. Aziz pakar tanaman kurma untuk dilihat sebagai pengetahuan umum tentang jantina pokok kurma yang sebenarnya yang mana boleh mengeluarkan buah atau yang hanya berbunga sahaja.


GAMBAR -
Di kiri
bunga Jantan
dan
di kanan
bunga Betina.









GAMBAR -
Di kiri
pokok Jantan
dan
di kanan
pokok Betina.







Gambar-gambar di atas adalah sebagai maklumat ilmu pengetahuan berkaitan jenis pokok kurma yang boleh mengeluarkan buah atau jenis pokok kurma yang ditanam hanya sebagai hiasan taman sahaja. Ingin maklumat selanjutnya sila klik -----> KURMA

Friday, July 17, 2009

PAKEJ TANAMAN POKOK KURMA


PAKEJ YANG DITAWARKAN

Ingin lihat lebih jelas gambar pakej, sila klik pada gambar tersebut.

PAKEJ TERMASUK:
- Penyediaan asas tanah untuk penanaman.
(tidak termasuk kos penerokaan hutan jika tanah belum diterokai)
- Menyediakan pagar berpintu.
- Menanam anak benih pokok.
- Penjagaan dan pembajaan bagi tempoh 1 tahun.
- Khidmat & teknologi pakar kami bagi pembuahan pokok kurma.

Harga Promosi RM50,000 / Seekar
- Terhad kepada 30 ekar yang pertama sahaja.
- Tanah mestilah kepunyaan sendiri.
- Kesesuaian tanah akan ditentukan oleh pihak Penasihat.

INFO:
- 1 ekar = 55 batang pokok kurma.
- Tempoh mula berbuah = 2 1/2 ke 3 tahun.
- Jangka hayat boleh mencapai 80 hingga 90 tahun.

Pakej pengenalan ini terhad kepada 30 ekar yang pertama ( First come first serve basic ). Pakej ke-2 akan menyusul kemudian. Tempahan boleh dibuat dengan deposit 50% disertai perjanjiannya.

Keterangan lanjut sila hubungi:-

En. Aziz : 012-6556926
En. Nik Zamri : 012-6680879 / En. Azman : 017-2728926

Atau
EMAIL : http://zzkasik@yahoo.co.uk/

Pokok Kurma berbuah banyak terawal di Asia Tenggara

Percayakah anda? Pokok kurma boleh hidup berbuah di negara Asia Tenggara. Buktinya seperti dalam gambar-gambar yang tertera. Kesemuanya adalah yang hidup ditanam segar berbuah di tempat penyelidikan di Thailand selama 7 tahun yang lalu. Kini teknologi itu akan diperkenalkan tak lama lagi di Malaysia oleh salah seorang dari mereka. Beliau adalah rakyat Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, pertanian, perikanan dan pelbagai lagi di negara Thailand. Beliau anggap Thailand adalah negara rumah ke-2 baginya. Beliau akan memperkenalkan pelbagai konsep pertanian terkini dan teknologi yang sebenar ke arah pertanian alaf baru.

GAMBAR - Pakar teknik pembenihan, penanaman dan pembuahan pokok kurma.

GAMBAR - sebelah atas berbuah muda dan dibawahnya berbuah hampir masak.

Gambar berikutnya menunjukkan pokok kurma yang sudah berbuah bagi musim-3. Jangka hayat pokok kurma boleh mencapai usia 80 ke 90 tahun lamanya. Berbuah lebat dan berkualiti hasilnya.
Pokok kurma jenis terbaru ini boleh mengeluarkan buah antara 7 hingga 8 bulan sekali setahun. Tempoh ia mula mengeluarkan buah adalah sekitar umurnya 2 1/2 ke 3 tahun. Hasil pengeluaran buahnya amat lumayan, menarik dan bermutu tinggi. Kini pokok-pokok kurma jenis berbuah ini akan mula ditanam di Malaysia dengan menggunakan kaedah-kaedah terkini.

Penasihat telah mula membuat pembenihan di Malaysia sejak setahun lalu. Ianya akan mula dipasarkan mulai bulan ini tetapi stok pokok (seperti gambar di sebelah) adalah terhad. Masa yang diperlukan untuk melakukan pembenihan adalah mengambil masa 2 tahun lebih. Penasihat memberi peluang kepada sesesiapa yang berminat secara pakej ataupun belian terus. Harga sepokok adalah RM650 hingga RM850 mengikut tempat kerana jenis ini ialah jenis mengeluarkan buah yang boleh dipasarkan hasilnya. Kos penghantaran adalah tanggungan pembeli. Khidmat nasihat akan diberi pada pembeli yang berminat.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi:-

En. Aziz 012-6556926
En. Nik Zamri 012-6680879 @ En. Azman 017-2728926

Atau
EMAIL : http://zzkasim@yahoo.co.uk/